Jumlah Paparan Halaman

About Me

Foto saya
Welcome aboard... my blog is safe and dont worry it's eco-friendly

Selasa, 8 Julai 2014

KONGSI CERITA 1:KENAPA BUAT AKU BEGINI



Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog ni. 
Rasa macam dah bertahun lamanya. Kali ini aku nak share cerita yang berkaitan dengan binatang peliharaan. Kerana jika kita share cerita macam ni, rasanya orang yang hati keras macam batu kerikil, yang garang macam harimau bintang pun boleh menitiskan air mata. Ada antaranya cerita ini, aku dengar dari saudara mara. Ada juga yang dialami sendiri. Okey, mari kita baca apa yang nak diceritakan ini.


CERITA 1:KENAPA BUAT AKU BEGINI
Petang itu, Haniza baru selesai memberi Puss Puss makan. Puss Puss makan dengan berselera sekali. Haniza rasa pelik. Puss Puss bagai sudah lama tak menikmati ikan rebus yang digaul bersama nasi putih. Tapi Haniza biarkan saja, mungkin Puss Puss memang betul-betul lapar walaupun pada pagi tadi Haniza dah bagi satu tin makanan basah dari jenama Ungu kegemaran Puss Puss. 

Sudah agak lama juga Haniza tak membeli jenama Ungu tersebut, kerana Haniza berjimat cermat disebabkan perniagaannya yang tak menentu, tambahan pula anak-anak Haniza sudah mula bersekolah. Tapi entah macam mana, semalam, Haniza tergerak hati untuk membeli makanan tin jenama Ungu itu walaupun setelah ditolak wang belanja sekolah anak-anak, dan dicongak, Haniza hanya tinggal RM10. "Tak apa lah... Demi Puss Puss..", getus hatinya. Pagi itu juga Puss Puss berkali-kali meminta makanan basah itu diberikan padanya sehingga habis satu tin bagaikan tidak mahu simpan sedikit untuk keesokan hari seperti mana selalu Haniza lakukan.

Selepas makan nasi putih digaul ikan rebus, Puss Puss mula menunjukkan riak kekenyangan dan matanya mulai kuyu menandakan ia mengantuk. Dia memanjat pagar batu sempadan jiran dan meregangkan badan. Kemudian, terjun kembali kebawah dan menggesel-gesel kaki Haniza seakan mengajaknya bermain. Haniza juga hairan dengan perangai Puss Puss. Biasanya selepas makan, dia akan berjemur dan terus tidur. Tetapi tidak pada kali ini. Haniza ikutkan saja keletah Puss Puss. Dia mengambil rotan panjang yang hujungnya diikat juraian tali seperti pom pom lalu mengetuk-ngetuk lantai yang mengeluarkan bunyi "tik..tik..tik.." Puss Puss seakan tertarik dengan bunyi ketukkan itu, terus menerpa dan menggigit-gigit hujung rotan itu. Haniza dan Puss Puss bermain sepanjang petang itu sehingga Puss Puss terbaring tanda sudah letih dan ingin berehat. Haniza membiarkan Puss Puss dan memerhatikan dari jauh riak kelaku Puss Puss. Agak lama juga Haniza tidak bermain dengan Puss Puss sampai Puss Puss penat sebegitu sekali. Mungkin kerana Haniza sibuk dengan perniagaan barangan kesihatan dan juga sibuk melayan anak-anaknya musim sekolah bermula.

Mata Haniza melirik kearah jam dinding. "Ah, baru pukul tiga dua puluh...",bisik hatinya. Dia memaling semula kearah Puss Puss yang berbaring di muka pintu. Matanya hampir kuyu tanda ingin tidur petang. Bulu-bulu halus di perut Puss Puss meliuk lintuk kekiri dan kekanan apabila terkena tiupan angin kipas siling bercampur angin luar. "Puss Puss.... mari dekat Mama...meh, tido sini... cayang Puss Puss tomei tu...",Haniza cuba memancing Puss Puss agar datang dekat padanya. Puss Puss buat tak peduli. Dia terbaring malas. Hanya ekornya sahaja yang melibas-libas keatas dan menghempas ke lantai berulang kali. Kali ini Haniza terpaksa bangun dari sofa dan mendukung Puss Puss rapat ke dada lalu membawanya duduk kembali di sofa tadi.Dia membaringkan Puss Puss diatas sofa dan mengelus lembut dari kepala hingga ke ekor. Puss Puss memejamkan mata. Seronok rasanya dapat dibelai Haniza. Entah macamana hari itu Haniza bersembang banyak dengan Puss Puss bagaikan sahabat yang lama tidak jumpa. Puss Puss seakan faham setiap butir perkataan yang Haniza bicarakan. Puss Puss menggerakkan ekornya kekiri dan kekanan. Misainya yang panjang digerak-gerakkan kedepan dan kebelakang. Setelah puas bersembang dengan Puss Puss, entah bila ketikanya tanpa sedar Haniza terlelap.

Haniza tersedar dari tidur singkatnya. Dia pelik. Dia kini bukan di ruang tamu rumahnya. Tetapi didalam wakaf rehat di tepi sawah padi yang luas terbentang. Seratus meter dari belakang wakaf itu terhampar deretan banjaran gunung yang tidak berpohon. Hanya tumbuhan renek dan rerumput bertaburan didada gunung. Tiba-tiba sekumpulan unggas kecil bertempiaran terbang keudara seperti ada sesuatu diantara batas-batas sawah padi nan luas itu. Rupanya Puss Puss sedang bermain-main dengan lima hingga enam ekor kucing lain lagi diatas batas sawah tersebut. Haniza betul-betul keliru. Dia seakan pernah datang ke tempat itu. Tetapi dia lupa dimanakah tempat itu sebenarnya. Dia cuba memanggil anak-anaknya. Tetapi tiada siapa disitu. Haniza melangkah keluar dari wakaf itu. Dia tidak berkasut. Dia cuba mencari selipar jepunnya tetapi tidak ketemu. Tempat itu seolah tidak wujud kemodenan tetapi suasananya sungguh tenang, damai dan tersusun rapi. Dia tiada pilihan selain dari berkaki ayam. Buat seketika dia melangkah tetapi dia seperti tidak menjejak tanah. Tubuhnya melayang seperti layang-layang ditiup angin lembut.


Perkara pelik itu tidak dihiraukan. Fikirannya hanya fokus kepada anak-anaknya. Tetapi anak-anaknya tiada. Dia segera cuba merapati Puss Puss. Puss Puss kelihatan leka bermain dengan kucing-kucing lain. Semakin hampir dengan Puss Puss, Haniza semakin tertarik kerana dia seakan mengenali semua kucing-kucing itu. Lantas antara sedar dan tidak, dia melutut tunduk dan menangis. Dia amat mengenali kucing-kucing yang bermain dengan Puss Puss itu. Tetapi dia amat-amat lupa dimana dia pernah bertemu dengan semua kucing-kucing iu. Semua kucing-kucing itu mengelilingi Haniza. Haniza memeluk mereka satu demi persatu seprti melepaskan rindu yang lama terpendam. Air matanya tak pernah henti mengalir. Sampai giliran Puss Puss yang terakhir, Haniza bercadang untuk memeluk dan mendukung Puss Puss sambil bangun untuk mencari anak-anaknya. Dia memeluk Puss Puss.

Entah macamana, hatinya terdetik untuk mencium Puss Puss sepuas hatinya. Dia cuba berdiri sambil mendukung Puss Puss tetapi tanpa sempat dia memeluk Puss Puss erat, Puss Puss melompat keluar dari rangkulan Haniza dan berdiri tiga langkah dari kaki Haniza. Haniza fikir Puss Puss tak mahu didukung. Mungkin dia masih mahu bermain-main bersama kucing-kucing yang lain. Haniza mengesat air matanya. Dia memerhatikan semua kucing-kucing itu. Ada berwarna oren terang, oren gelap, kelabu gelap dengan corak karipap putar, putih tompok hitam,ekor pendek, ekor sekerat dan ada juga ekor panjang tirus berbelang hingga hujung. Dia cuba mengingati namun tidak boleh. Puss Puss menggesel-gesel pada kaki Haniza. Haniza cuba tunduk dan mengusap kepala Puss Puss, namun, Puss Puss lari-lari anak menjauhi Haniza. Haniza bergerak tiga langkah mendekati Puss Puss. Sekali lagi Puss Puss berlari-lari anak menjauhi Haniza. Haniza mengejar lagi. Puss Puss terus berlari.

Tanpa sedar Haniza lihat Puss Puss berlari dan mendekati kaki seseorang yang sedang berjalan. Puss Puss ikut berjalan sama mengikut rentak kaki seseorang itu. Orang itu, Haniza tidak kenali kerana dia berjalan membelakangi Haniza. Haniza cuba mengejar orang itu. Bentuknya seakan seorang lelaki. Sebahagian kepalanya ditutupi serban berekor panjang sehingga paras pinggang. Gaya rambutnya seperti Haniza pernah lihat. Adakah itu...... seorang insan yang dia pernah kenali dulu?


Haniza mempercepatkan langkah. Sedikit saja lagi dia boleh melihat seluruh wajah lelaki itu. Tetapi dalam hati dia pelik kenapa Puss Puss mengikut lelaki berserban itu? Apa kaitan Puss Puss dengan lelaki itu? Tiba-tiba langkahnya seakan terhalang. Ada sebatang anak sungai berbatu dengan air yang deras. Peliknya lelaki berserban itu terus berjalan menyeberangi anak sungai itu bersama Puss Puss seakan ada jambatan telus merentasi anak sungai itu. Dengan tidak disangka, lelaki berserban itu bersama Puss Puss memusingkan wajah mereka dan memandang kearah Haniza. Wajah lelaki itu memang Haniza kenal. Seakan rindu yang dulu datang bertamu lagi dalam hatinya. Cinta yang tak pernah padam. Syed Haikal. Ya, lelaki itu adalah cinta Haniza yang telah lama pergi meninggalkan Haniza dan alam fana ini kerana menderita leukimia.Dan dialah juga yang menghadiahkan Puss Puss kepada Haniza pada malam harijadi Haniza. Itupun demi menyelamatkan Puss Puss yang masih kecil pada waktu itu dari dibunuh anjing liar

Wajah lelaki itu menggamit kembali memori  Haniza tentang peristiwa malam itu dimana pada sebelah petangnya Haniza telah menerima SMS dari Syed Haikal supaya pulang awal agar mereka boleh keluar malam bersama sempena menyambut hari ulangtahunnya yang ke-25. Haniza begitu gembira sekali menerima SMS itu. Walaupun pendek isinya tetapi besar maknanya kepada Haniza.


"Assalamualaikum,
 Awak,ready awal
 Saya nk bwk awak gi dinner ...
 Special 4 ur bday..just 2 of us..."

Hari itu Haniza pulang awal. Dia berdandan sambil bernyanyi kecil. Dia merasa bahagia sekali. Baru tiga bulan mereka bernikah. Syed Haikal semakin hari semakin baik terhadapnya.  Dan Haniza semakin hari semakin jatuh hati pada Syed Haikal walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ijab qabul. Setelah siap bertudung rapi, Haniza menunggu Syed Haikal pulang menjemputnya di rumah. Langit petang mendung menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Haniza merasa gelisah. Bimbang rancangan mereka petang itu akan dibatalkan. Dia berdoa agar segalanya dipermudahkan. Waktu silih berganti. Wajah yang ditunggu tak kunjung tiba. Haniza bertambah gelisah. Dia cuba menelefon Syed Haikal. Sayangnya android Syed Haikal dimatikan. Entah mengapa. Haniza pun tidak pasti. Dia semakin gelisah. Dia berdoa kepada Allah agar dijauhi bala bencana,dipermudahkan segala urusan kerana hujan diluar rumah semakin lebat bersama tiupan angina yang menggila.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta diluar rumah. Pintu pagar rumah dibuka automatik. Syed Haikal memandu kereta masuk ke ruang parkir. Syed Haikal keluar dari perut kereta dalam keadaan basah kuyup. Lengan baju kemeja pejabatnya sebelah kanan koyak rabak. Kaki seluar "slack" sebelah kirinya juga koyak bagai direntap kuat. Badannya basah lenjun seperti orang yang jatuh ditolak kedalam sungai. Syed Haikal seakan mendakap sesuatu dalam baju kotnya yang diletak rapat kedadanya. Dalam kesamaran itu, kelihatan wajah Syed Haikal yang berkerut menahan sejuk. Haniza tak jadi nak merajuk. Dia merasa kasihan pada suaminya. Dalam keadaan kelam kabut itu, Syed Haikal berjalan laju-laju masuk kedalam rumah. Sampai saja di muka pintu, dia melihat wajah Haniza yang redup dan lembut tetapi penuh tanda tanya. Lantas Syed Haikal senyum tawar. " Umi, jom masuk. Sejuk kat luar ni. Nanti Abi cerita semua...", pujuk Syed Haikal. 
Tanpa berkata apa-apa, Haniza terus kedapur menyediakan minuman panas.



Haniza tersedar dari lamunan.
Haniza yang terkesima dengan keadaan itu memanggil Puss Puss. Puss Puss hanya memandang kearah Haniza tetapi ia terus mengikut lelaki berserban itu berjalan pergi.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lagu

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Eq9dPUWgHKM

background