Jumlah Paparan Halaman

About Me

Foto saya
Welcome aboard... my blog is safe and dont worry it's eco-friendly

Selasa, 8 Julai 2014

Kisah Yang Tiada Logika

Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas anda semua !!!

Kali ini aku nak kongsi kisah yang pernah diceritakan oleh seseorang. Nak kata ilusi pun, aku tak sure... dan aku pun tak nak komen apa-apa. Anda semua baca dan interpret sendiri.

Kisah dia macam ni...

CHAPTER ONE

   Subuh itu, selepas selesai bersahur aku lepak atas katil. Fariza ternampak aku lepak atas katil, dia pun terus jerkah kat aku supaya segera bersiap untuk ke kedai. Sebenarnya kami adik beradik menguruskan perniagaan kedai runcit arwah ayah. Entah mengapa subuh itu aku malas benar nak ke pasar borong mengambil stok ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran untuk dijual di kedai runcit kami. Aku pun bagi la alasan tak munasabah bahawa aku sakit telinga sampai rasa terhuyung-hayang (maknanya tu aku tak boleh buat kerja la..). Adik aku ni cepat faham rupanya. Dia pun keluar berseorangan pada subuh itu dan menguruskan semuanya sendiri iaitu dari mencari stok,membuka kedai, menjaga susun atur barang, melayan pelanggan, mengemas kedai hinggalah menutup kedai. Aku pula berehat dirumah, kerana entah mengapa badan aku rasa sangat lemah dan malas.

(Pada pandangan penulis, pencerita ini memang malas orangnya, coz apabila penulis ajak keluar pun dia agak teruk nak bersetuju..)


   Tapi rasa hairan kerana sudah lewat malam pun si Fariza ni tak balik-balik lagi. Aku nak call tapi kredit pula dah expired. Jadi hati aku rasa tak selesa sebab Fariza tak ada dirumah. Sunyi pun ada. Aku terus berdoa agar dia berada dalam lindungan Ilahi. Moga dijauhkan sebarang kemungkinan buruk yang terjadi. Aku tetap menunggu Fariza balik walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sambil menonton tv yang siaran tengah malamnya tak berapa best, aku bermain game di henpon untuk menghilangkan rasa bosan. Tepat jam 1:03 pagi, kedengaran enjin kereta Fariza sampai di luar pagar. Aku segera berlari membuka pintu rumah dan pintu pagar kerana Fariza memang rasa kurang selesa dan takut jika pulang lewat kerana dia memang suka terfikirkan yang bukan-bukan di minda. Aku tengok Fariza rasa lega bila nampak aku berada di luar rumah. Aku membantu dia mengangkat barang-barang yang dia bawa pulang untuk dimasak  dan dimakan dirumah. Setelah masuk ke dalam rumah, seperti biasa dia berehat dan mandi sebelum membantu aku yang sibuk menyiapkan lauk bersahur di dapur. Aku bertanyakan perihal perniagaannya pada hari itu. Nampaknya dia tidak begitu sibuk kerana pada hari Jumaat, tidak ramai pelanggan. Kebanyakkan orang lebih suka shopping pada hari Sabtu termasuklah suri rumah-suri rumah di kawasan kami. Patutlah Fariza tidak menunjukkan reaksi marah atau bengang kerana aku tak tolong dia. Rupanya kurang kerja dia pada hari itu. Aku tanya dia kenapa lambat sangat tutup kedai. Katanya, stok mi segera dan pes masakan sampai pada hari itu. Jadi, setelah tutup perniagaan pada pukul 9:30 malam, dia berkurung dalam kedai untuk menyusun stok dan meletakkan tanda harga. Berbuka pun di kedai runcit saja. Dia malas nak keluar ke Pasar Ramadhan.Memang Fariza tak suka buat kerja 'last minute'. Kalau boleh semua nak kemas dan lengkap. Katanya, senang nak mula bisnes pada esok pagi. Tak la kelam kabut.

Kami masuk tidur jam 2:30 pagi. Aku tengok dia letih betul. Tapi itu semua perkara biasa bagi aku dan dia. Bak kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi, kami kerja keras untuk kesinambungan hidup. Siapa lagi nak diharapkan, ayah sudah lama pergi,emak pun bukan muda lagi. Jadi kami buat apa saja yang termampu demi membahagiakan emak.

Kemudian pada pukul 5:00 pagi, kami bangun bersahur. Selepas bersahur, kami bersiap untuk ke kedai. Semasa aku menunggu Fariza bersiap, dia menceritakan pengalamannya sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah pada pukul 1 pagi tadi. Sebenarnya setelah mengunci kedai dan memastikan semuanya suis ditutup, Fariza menuju ke kereta dan terus memandu pulang kerumah melalui jalan yang sama yang selalu kami lalui setiap hari. Tapi, entah mengapa pada dinihari itu, suasana semacam amat slow sekali. Tak lancar dan laju seperti hari-hari lain.

Apabila dia tiba di simpang lampu isyarat, ada sebuah kereta sudah memang ada menunggu lampu isyarat dihadapan. Perangai Fariza memang suka memerhati jenama dan bentuk kereta. Lalu dia merapatkan keretanya sehingga hampir ke but kereta hadapan. Dia merasa pelik, dia tak pernah melihat lambang jenama kereta tersebut. Disebabkan sedikit rabun jauh, dia tak dapat membaca nama model kereta itu kerana nampak seakan berbalam-balam dan blur. Rekabentuknya agak outdated. Warnanya pun agak pudar pada bumbung namun cantik berkilat pada body kereta tersebut. Tetapi warna kereta itu jarng sekali kita jumpa pada ketika ini. Seakan warna 'pale green'. Warna yang banyak digunakan untuk mengecat dinding rumah kuarters-kuarters pada tahun 1970-an. Lalu dia memerhati lagi. Nombor plat kereta itu macam kereta biasa lain tetapi yang menambahkan pelik adalah salah satu nombornya terbalik !!!

Fariza langsung tak terlintas apa-apa di hati sebab dia fikirkan bahawa mungkin kereta itu dari Thailand atau luar negara yang mana nombor plat kereta sana memang agak pelik sedikit. Lampu isyarat bertukar hijau. Anehnya, kereta itu masih belum bergerak. Kenderaan dikiri kanan pun tak bergerak langsung. Lori ayam yang berada di lorong bersebelahan juga tak bergerak. Bagaikan semua pemandu dibuai angan. Maklumlah terpaksa bekerja dan memandu di awal pagi. Pada waktu sebegini, masih ramai lagi yang sedap beradu atas tilam dan bantal empuk. Tiba-tiba sebuah motosikal dari belakang memecut laju meninggalkan mereka. Seketika kemudian barulah kenderaan lain mula bergerak. Kereta ' pale green' tersebut bergerak perlahan. Fariza mengekori dari belakang kerana melalui jalan yang sama. Sebelum sampai di simpang masuk ke kawasan rumah kami, Fariza seakan melalui kawasan padang yang luas. Seluas saujana mata memandang. Yang peliknya yang dia nampak adalah padang yang dipenuhi kereta compact seperti Kelisa. Dia memang tahu itu kawasan menjual kereta terpakai. Tetapi sepatutnya kawasan itu kecil sahaja dan menjual kereta mewah seperti Audi, Alphard dan Vellfire . Bukannya kereta compact seperti Kelisa atau Kancil.

Disebabkan mengantuk dan letih, Fariza biarkan perasaan pelik itu pergi melayang jauh. Dia hanya mahu cepat sampai kerumah untuk berehat. Dalam pada itu, kereta 'pale green' itu sudah tiba di lampu isyarat simpang empat sebelum susur masuk ke kawasan perumahan kami. Fariza kata, dia mengekori kereta lama itu tetapi baru sebentar dia menoleh kearah kawasan kereta terpakai itu, dia sudah jauh tinggal di belakang. Kemudia dia lihat kereta itu berada di lorong tengah. Hm, ada peluang untuk dia memandu laju sedikit kerana Fariza ingin masuk kekiri iaitu simpang susur masuk ke kawasan perumahan kami. Setiba di lampu isyarat, Fariza berada di lorong kiri bermakna berhenti betul-betul disebelah kereta lama itu. Dalam menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Fariza menjeling kearah kereta hijau itu. Dilihatnya pelik kerana hanya ada satu seat sahaja di bahagian depan untuk pemandu. Dibelakang, Kosong sahaja. Macam kereta dulu-dulu, tak ada tempat sandar kepala pun. Tapi yang bertambah pelik, apabila sahaja Fariza cuba mengamati rupanya kereta itu tiada pemandu!!!!

Aku yang mendengar cerita Fariza meremang bulu roma. Aku bertanya, apa yang dia rasa. Dia menjawab, dia pun tak rasa apa-apa pada waktu itu kerana fikirannya blur, letih dan nak balik cepat. Kebetulan masa dia tengok kereta itu tiada pemandu, lampu isyarat pun bertukar hijau, matanya beralih kearah lampu isyarat dan dia terus memandu macam biasa kerana tak sempat nak fikir apa-apa pasal kereta tu. Kemudian pada waktu yang dia cerita perkara itu pada aku, baru dia terfikirkan bahawa dia telah kena usik oleh kereta hantu!!!


(...ish...ish... entah apa apalah adik kepada kawan aku ni.. hmm, tak sangka disebabkan keletihan, kadang-kadang manusia ni pun boleh tak sedar bila masa kena usik dengan entiti... nasib baik tak jadi perkara buruk...)

Haaa, ini baru chapter one. Nanti bila senang kita sambung lagi chapter two,three and four.


Adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

lagu

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Eq9dPUWgHKM

background