Jumlah Paparan Halaman

About Me

Foto saya
Welcome aboard... my blog is safe and dont worry it's eco-friendly

Ahad, 16 November 2014

Selimut Tetangga Guitar Cover

SELIMUT TETANGGA - REPVBLIK



Assalamualaikum, semua.. Kali ini aku nak share satu video yang diambil dari You Tube. Lagu dendangan dari kumpulan Repvblik ni dah popular sangat kat sana sini. Dalam PerakFM pun tak sudah sudah putarkan lagu ni. Jadi aku ambil kesempatan utk publish guitar cover bagi lagu ini dalam blog aku. Harap anda semua enjoy.






Selasa, 8 Julai 2014

KONGSI CERITA 1:KENAPA BUAT AKU BEGINI



Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog ni. 
Rasa macam dah bertahun lamanya. Kali ini aku nak share cerita yang berkaitan dengan binatang peliharaan. Kerana jika kita share cerita macam ni, rasanya orang yang hati keras macam batu kerikil, yang garang macam harimau bintang pun boleh menitiskan air mata. Ada antaranya cerita ini, aku dengar dari saudara mara. Ada juga yang dialami sendiri. Okey, mari kita baca apa yang nak diceritakan ini.


CERITA 1:KENAPA BUAT AKU BEGINI
Petang itu, Haniza baru selesai memberi Puss Puss makan. Puss Puss makan dengan berselera sekali. Haniza rasa pelik. Puss Puss bagai sudah lama tak menikmati ikan rebus yang digaul bersama nasi putih. Tapi Haniza biarkan saja, mungkin Puss Puss memang betul-betul lapar walaupun pada pagi tadi Haniza dah bagi satu tin makanan basah dari jenama Ungu kegemaran Puss Puss. 

Sudah agak lama juga Haniza tak membeli jenama Ungu tersebut, kerana Haniza berjimat cermat disebabkan perniagaannya yang tak menentu, tambahan pula anak-anak Haniza sudah mula bersekolah. Tapi entah macam mana, semalam, Haniza tergerak hati untuk membeli makanan tin jenama Ungu itu walaupun setelah ditolak wang belanja sekolah anak-anak, dan dicongak, Haniza hanya tinggal RM10. "Tak apa lah... Demi Puss Puss..", getus hatinya. Pagi itu juga Puss Puss berkali-kali meminta makanan basah itu diberikan padanya sehingga habis satu tin bagaikan tidak mahu simpan sedikit untuk keesokan hari seperti mana selalu Haniza lakukan.

Selepas makan nasi putih digaul ikan rebus, Puss Puss mula menunjukkan riak kekenyangan dan matanya mulai kuyu menandakan ia mengantuk. Dia memanjat pagar batu sempadan jiran dan meregangkan badan. Kemudian, terjun kembali kebawah dan menggesel-gesel kaki Haniza seakan mengajaknya bermain. Haniza juga hairan dengan perangai Puss Puss. Biasanya selepas makan, dia akan berjemur dan terus tidur. Tetapi tidak pada kali ini. Haniza ikutkan saja keletah Puss Puss. Dia mengambil rotan panjang yang hujungnya diikat juraian tali seperti pom pom lalu mengetuk-ngetuk lantai yang mengeluarkan bunyi "tik..tik..tik.." Puss Puss seakan tertarik dengan bunyi ketukkan itu, terus menerpa dan menggigit-gigit hujung rotan itu. Haniza dan Puss Puss bermain sepanjang petang itu sehingga Puss Puss terbaring tanda sudah letih dan ingin berehat. Haniza membiarkan Puss Puss dan memerhatikan dari jauh riak kelaku Puss Puss. Agak lama juga Haniza tidak bermain dengan Puss Puss sampai Puss Puss penat sebegitu sekali. Mungkin kerana Haniza sibuk dengan perniagaan barangan kesihatan dan juga sibuk melayan anak-anaknya musim sekolah bermula.

Mata Haniza melirik kearah jam dinding. "Ah, baru pukul tiga dua puluh...",bisik hatinya. Dia memaling semula kearah Puss Puss yang berbaring di muka pintu. Matanya hampir kuyu tanda ingin tidur petang. Bulu-bulu halus di perut Puss Puss meliuk lintuk kekiri dan kekanan apabila terkena tiupan angin kipas siling bercampur angin luar. "Puss Puss.... mari dekat Mama...meh, tido sini... cayang Puss Puss tomei tu...",Haniza cuba memancing Puss Puss agar datang dekat padanya. Puss Puss buat tak peduli. Dia terbaring malas. Hanya ekornya sahaja yang melibas-libas keatas dan menghempas ke lantai berulang kali. Kali ini Haniza terpaksa bangun dari sofa dan mendukung Puss Puss rapat ke dada lalu membawanya duduk kembali di sofa tadi.Dia membaringkan Puss Puss diatas sofa dan mengelus lembut dari kepala hingga ke ekor. Puss Puss memejamkan mata. Seronok rasanya dapat dibelai Haniza. Entah macamana hari itu Haniza bersembang banyak dengan Puss Puss bagaikan sahabat yang lama tidak jumpa. Puss Puss seakan faham setiap butir perkataan yang Haniza bicarakan. Puss Puss menggerakkan ekornya kekiri dan kekanan. Misainya yang panjang digerak-gerakkan kedepan dan kebelakang. Setelah puas bersembang dengan Puss Puss, entah bila ketikanya tanpa sedar Haniza terlelap.

Haniza tersedar dari tidur singkatnya. Dia pelik. Dia kini bukan di ruang tamu rumahnya. Tetapi didalam wakaf rehat di tepi sawah padi yang luas terbentang. Seratus meter dari belakang wakaf itu terhampar deretan banjaran gunung yang tidak berpohon. Hanya tumbuhan renek dan rerumput bertaburan didada gunung. Tiba-tiba sekumpulan unggas kecil bertempiaran terbang keudara seperti ada sesuatu diantara batas-batas sawah padi nan luas itu. Rupanya Puss Puss sedang bermain-main dengan lima hingga enam ekor kucing lain lagi diatas batas sawah tersebut. Haniza betul-betul keliru. Dia seakan pernah datang ke tempat itu. Tetapi dia lupa dimanakah tempat itu sebenarnya. Dia cuba memanggil anak-anaknya. Tetapi tiada siapa disitu. Haniza melangkah keluar dari wakaf itu. Dia tidak berkasut. Dia cuba mencari selipar jepunnya tetapi tidak ketemu. Tempat itu seolah tidak wujud kemodenan tetapi suasananya sungguh tenang, damai dan tersusun rapi. Dia tiada pilihan selain dari berkaki ayam. Buat seketika dia melangkah tetapi dia seperti tidak menjejak tanah. Tubuhnya melayang seperti layang-layang ditiup angin lembut.


Perkara pelik itu tidak dihiraukan. Fikirannya hanya fokus kepada anak-anaknya. Tetapi anak-anaknya tiada. Dia segera cuba merapati Puss Puss. Puss Puss kelihatan leka bermain dengan kucing-kucing lain. Semakin hampir dengan Puss Puss, Haniza semakin tertarik kerana dia seakan mengenali semua kucing-kucing itu. Lantas antara sedar dan tidak, dia melutut tunduk dan menangis. Dia amat mengenali kucing-kucing yang bermain dengan Puss Puss itu. Tetapi dia amat-amat lupa dimana dia pernah bertemu dengan semua kucing-kucing iu. Semua kucing-kucing itu mengelilingi Haniza. Haniza memeluk mereka satu demi persatu seprti melepaskan rindu yang lama terpendam. Air matanya tak pernah henti mengalir. Sampai giliran Puss Puss yang terakhir, Haniza bercadang untuk memeluk dan mendukung Puss Puss sambil bangun untuk mencari anak-anaknya. Dia memeluk Puss Puss.

Entah macamana, hatinya terdetik untuk mencium Puss Puss sepuas hatinya. Dia cuba berdiri sambil mendukung Puss Puss tetapi tanpa sempat dia memeluk Puss Puss erat, Puss Puss melompat keluar dari rangkulan Haniza dan berdiri tiga langkah dari kaki Haniza. Haniza fikir Puss Puss tak mahu didukung. Mungkin dia masih mahu bermain-main bersama kucing-kucing yang lain. Haniza mengesat air matanya. Dia memerhatikan semua kucing-kucing itu. Ada berwarna oren terang, oren gelap, kelabu gelap dengan corak karipap putar, putih tompok hitam,ekor pendek, ekor sekerat dan ada juga ekor panjang tirus berbelang hingga hujung. Dia cuba mengingati namun tidak boleh. Puss Puss menggesel-gesel pada kaki Haniza. Haniza cuba tunduk dan mengusap kepala Puss Puss, namun, Puss Puss lari-lari anak menjauhi Haniza. Haniza bergerak tiga langkah mendekati Puss Puss. Sekali lagi Puss Puss berlari-lari anak menjauhi Haniza. Haniza mengejar lagi. Puss Puss terus berlari.

Tanpa sedar Haniza lihat Puss Puss berlari dan mendekati kaki seseorang yang sedang berjalan. Puss Puss ikut berjalan sama mengikut rentak kaki seseorang itu. Orang itu, Haniza tidak kenali kerana dia berjalan membelakangi Haniza. Haniza cuba mengejar orang itu. Bentuknya seakan seorang lelaki. Sebahagian kepalanya ditutupi serban berekor panjang sehingga paras pinggang. Gaya rambutnya seperti Haniza pernah lihat. Adakah itu...... seorang insan yang dia pernah kenali dulu?


Haniza mempercepatkan langkah. Sedikit saja lagi dia boleh melihat seluruh wajah lelaki itu. Tetapi dalam hati dia pelik kenapa Puss Puss mengikut lelaki berserban itu? Apa kaitan Puss Puss dengan lelaki itu? Tiba-tiba langkahnya seakan terhalang. Ada sebatang anak sungai berbatu dengan air yang deras. Peliknya lelaki berserban itu terus berjalan menyeberangi anak sungai itu bersama Puss Puss seakan ada jambatan telus merentasi anak sungai itu. Dengan tidak disangka, lelaki berserban itu bersama Puss Puss memusingkan wajah mereka dan memandang kearah Haniza. Wajah lelaki itu memang Haniza kenal. Seakan rindu yang dulu datang bertamu lagi dalam hatinya. Cinta yang tak pernah padam. Syed Haikal. Ya, lelaki itu adalah cinta Haniza yang telah lama pergi meninggalkan Haniza dan alam fana ini kerana menderita leukimia.Dan dialah juga yang menghadiahkan Puss Puss kepada Haniza pada malam harijadi Haniza. Itupun demi menyelamatkan Puss Puss yang masih kecil pada waktu itu dari dibunuh anjing liar

Wajah lelaki itu menggamit kembali memori  Haniza tentang peristiwa malam itu dimana pada sebelah petangnya Haniza telah menerima SMS dari Syed Haikal supaya pulang awal agar mereka boleh keluar malam bersama sempena menyambut hari ulangtahunnya yang ke-25. Haniza begitu gembira sekali menerima SMS itu. Walaupun pendek isinya tetapi besar maknanya kepada Haniza.


"Assalamualaikum,
 Awak,ready awal
 Saya nk bwk awak gi dinner ...
 Special 4 ur bday..just 2 of us..."

Hari itu Haniza pulang awal. Dia berdandan sambil bernyanyi kecil. Dia merasa bahagia sekali. Baru tiga bulan mereka bernikah. Syed Haikal semakin hari semakin baik terhadapnya.  Dan Haniza semakin hari semakin jatuh hati pada Syed Haikal walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ijab qabul. Setelah siap bertudung rapi, Haniza menunggu Syed Haikal pulang menjemputnya di rumah. Langit petang mendung menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Haniza merasa gelisah. Bimbang rancangan mereka petang itu akan dibatalkan. Dia berdoa agar segalanya dipermudahkan. Waktu silih berganti. Wajah yang ditunggu tak kunjung tiba. Haniza bertambah gelisah. Dia cuba menelefon Syed Haikal. Sayangnya android Syed Haikal dimatikan. Entah mengapa. Haniza pun tidak pasti. Dia semakin gelisah. Dia berdoa kepada Allah agar dijauhi bala bencana,dipermudahkan segala urusan kerana hujan diluar rumah semakin lebat bersama tiupan angina yang menggila.

Tiba-tiba terdengar bunyi hon kereta diluar rumah. Pintu pagar rumah dibuka automatik. Syed Haikal memandu kereta masuk ke ruang parkir. Syed Haikal keluar dari perut kereta dalam keadaan basah kuyup. Lengan baju kemeja pejabatnya sebelah kanan koyak rabak. Kaki seluar "slack" sebelah kirinya juga koyak bagai direntap kuat. Badannya basah lenjun seperti orang yang jatuh ditolak kedalam sungai. Syed Haikal seakan mendakap sesuatu dalam baju kotnya yang diletak rapat kedadanya. Dalam kesamaran itu, kelihatan wajah Syed Haikal yang berkerut menahan sejuk. Haniza tak jadi nak merajuk. Dia merasa kasihan pada suaminya. Dalam keadaan kelam kabut itu, Syed Haikal berjalan laju-laju masuk kedalam rumah. Sampai saja di muka pintu, dia melihat wajah Haniza yang redup dan lembut tetapi penuh tanda tanya. Lantas Syed Haikal senyum tawar. " Umi, jom masuk. Sejuk kat luar ni. Nanti Abi cerita semua...", pujuk Syed Haikal. 
Tanpa berkata apa-apa, Haniza terus kedapur menyediakan minuman panas.



Haniza tersedar dari lamunan.
Haniza yang terkesima dengan keadaan itu memanggil Puss Puss. Puss Puss hanya memandang kearah Haniza tetapi ia terus mengikut lelaki berserban itu berjalan pergi.



















Kisah Yang Tiada Logika

Assalamualaikum dan salam sejahtera keatas anda semua !!!

Kali ini aku nak kongsi kisah yang pernah diceritakan oleh seseorang. Nak kata ilusi pun, aku tak sure... dan aku pun tak nak komen apa-apa. Anda semua baca dan interpret sendiri.

Kisah dia macam ni...

CHAPTER ONE

   Subuh itu, selepas selesai bersahur aku lepak atas katil. Fariza ternampak aku lepak atas katil, dia pun terus jerkah kat aku supaya segera bersiap untuk ke kedai. Sebenarnya kami adik beradik menguruskan perniagaan kedai runcit arwah ayah. Entah mengapa subuh itu aku malas benar nak ke pasar borong mengambil stok ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran untuk dijual di kedai runcit kami. Aku pun bagi la alasan tak munasabah bahawa aku sakit telinga sampai rasa terhuyung-hayang (maknanya tu aku tak boleh buat kerja la..). Adik aku ni cepat faham rupanya. Dia pun keluar berseorangan pada subuh itu dan menguruskan semuanya sendiri iaitu dari mencari stok,membuka kedai, menjaga susun atur barang, melayan pelanggan, mengemas kedai hinggalah menutup kedai. Aku pula berehat dirumah, kerana entah mengapa badan aku rasa sangat lemah dan malas.

(Pada pandangan penulis, pencerita ini memang malas orangnya, coz apabila penulis ajak keluar pun dia agak teruk nak bersetuju..)


   Tapi rasa hairan kerana sudah lewat malam pun si Fariza ni tak balik-balik lagi. Aku nak call tapi kredit pula dah expired. Jadi hati aku rasa tak selesa sebab Fariza tak ada dirumah. Sunyi pun ada. Aku terus berdoa agar dia berada dalam lindungan Ilahi. Moga dijauhkan sebarang kemungkinan buruk yang terjadi. Aku tetap menunggu Fariza balik walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Sambil menonton tv yang siaran tengah malamnya tak berapa best, aku bermain game di henpon untuk menghilangkan rasa bosan. Tepat jam 1:03 pagi, kedengaran enjin kereta Fariza sampai di luar pagar. Aku segera berlari membuka pintu rumah dan pintu pagar kerana Fariza memang rasa kurang selesa dan takut jika pulang lewat kerana dia memang suka terfikirkan yang bukan-bukan di minda. Aku tengok Fariza rasa lega bila nampak aku berada di luar rumah. Aku membantu dia mengangkat barang-barang yang dia bawa pulang untuk dimasak  dan dimakan dirumah. Setelah masuk ke dalam rumah, seperti biasa dia berehat dan mandi sebelum membantu aku yang sibuk menyiapkan lauk bersahur di dapur. Aku bertanyakan perihal perniagaannya pada hari itu. Nampaknya dia tidak begitu sibuk kerana pada hari Jumaat, tidak ramai pelanggan. Kebanyakkan orang lebih suka shopping pada hari Sabtu termasuklah suri rumah-suri rumah di kawasan kami. Patutlah Fariza tidak menunjukkan reaksi marah atau bengang kerana aku tak tolong dia. Rupanya kurang kerja dia pada hari itu. Aku tanya dia kenapa lambat sangat tutup kedai. Katanya, stok mi segera dan pes masakan sampai pada hari itu. Jadi, setelah tutup perniagaan pada pukul 9:30 malam, dia berkurung dalam kedai untuk menyusun stok dan meletakkan tanda harga. Berbuka pun di kedai runcit saja. Dia malas nak keluar ke Pasar Ramadhan.Memang Fariza tak suka buat kerja 'last minute'. Kalau boleh semua nak kemas dan lengkap. Katanya, senang nak mula bisnes pada esok pagi. Tak la kelam kabut.

Kami masuk tidur jam 2:30 pagi. Aku tengok dia letih betul. Tapi itu semua perkara biasa bagi aku dan dia. Bak kata pepatah Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jadi, kami kerja keras untuk kesinambungan hidup. Siapa lagi nak diharapkan, ayah sudah lama pergi,emak pun bukan muda lagi. Jadi kami buat apa saja yang termampu demi membahagiakan emak.

Kemudian pada pukul 5:00 pagi, kami bangun bersahur. Selepas bersahur, kami bersiap untuk ke kedai. Semasa aku menunggu Fariza bersiap, dia menceritakan pengalamannya sewaktu dalam perjalanan pulang kerumah pada pukul 1 pagi tadi. Sebenarnya setelah mengunci kedai dan memastikan semuanya suis ditutup, Fariza menuju ke kereta dan terus memandu pulang kerumah melalui jalan yang sama yang selalu kami lalui setiap hari. Tapi, entah mengapa pada dinihari itu, suasana semacam amat slow sekali. Tak lancar dan laju seperti hari-hari lain.

Apabila dia tiba di simpang lampu isyarat, ada sebuah kereta sudah memang ada menunggu lampu isyarat dihadapan. Perangai Fariza memang suka memerhati jenama dan bentuk kereta. Lalu dia merapatkan keretanya sehingga hampir ke but kereta hadapan. Dia merasa pelik, dia tak pernah melihat lambang jenama kereta tersebut. Disebabkan sedikit rabun jauh, dia tak dapat membaca nama model kereta itu kerana nampak seakan berbalam-balam dan blur. Rekabentuknya agak outdated. Warnanya pun agak pudar pada bumbung namun cantik berkilat pada body kereta tersebut. Tetapi warna kereta itu jarng sekali kita jumpa pada ketika ini. Seakan warna 'pale green'. Warna yang banyak digunakan untuk mengecat dinding rumah kuarters-kuarters pada tahun 1970-an. Lalu dia memerhati lagi. Nombor plat kereta itu macam kereta biasa lain tetapi yang menambahkan pelik adalah salah satu nombornya terbalik !!!

Fariza langsung tak terlintas apa-apa di hati sebab dia fikirkan bahawa mungkin kereta itu dari Thailand atau luar negara yang mana nombor plat kereta sana memang agak pelik sedikit. Lampu isyarat bertukar hijau. Anehnya, kereta itu masih belum bergerak. Kenderaan dikiri kanan pun tak bergerak langsung. Lori ayam yang berada di lorong bersebelahan juga tak bergerak. Bagaikan semua pemandu dibuai angan. Maklumlah terpaksa bekerja dan memandu di awal pagi. Pada waktu sebegini, masih ramai lagi yang sedap beradu atas tilam dan bantal empuk. Tiba-tiba sebuah motosikal dari belakang memecut laju meninggalkan mereka. Seketika kemudian barulah kenderaan lain mula bergerak. Kereta ' pale green' tersebut bergerak perlahan. Fariza mengekori dari belakang kerana melalui jalan yang sama. Sebelum sampai di simpang masuk ke kawasan rumah kami, Fariza seakan melalui kawasan padang yang luas. Seluas saujana mata memandang. Yang peliknya yang dia nampak adalah padang yang dipenuhi kereta compact seperti Kelisa. Dia memang tahu itu kawasan menjual kereta terpakai. Tetapi sepatutnya kawasan itu kecil sahaja dan menjual kereta mewah seperti Audi, Alphard dan Vellfire . Bukannya kereta compact seperti Kelisa atau Kancil.

Disebabkan mengantuk dan letih, Fariza biarkan perasaan pelik itu pergi melayang jauh. Dia hanya mahu cepat sampai kerumah untuk berehat. Dalam pada itu, kereta 'pale green' itu sudah tiba di lampu isyarat simpang empat sebelum susur masuk ke kawasan perumahan kami. Fariza kata, dia mengekori kereta lama itu tetapi baru sebentar dia menoleh kearah kawasan kereta terpakai itu, dia sudah jauh tinggal di belakang. Kemudia dia lihat kereta itu berada di lorong tengah. Hm, ada peluang untuk dia memandu laju sedikit kerana Fariza ingin masuk kekiri iaitu simpang susur masuk ke kawasan perumahan kami. Setiba di lampu isyarat, Fariza berada di lorong kiri bermakna berhenti betul-betul disebelah kereta lama itu. Dalam menunggu lampu isyarat bertukar hijau, Fariza menjeling kearah kereta hijau itu. Dilihatnya pelik kerana hanya ada satu seat sahaja di bahagian depan untuk pemandu. Dibelakang, Kosong sahaja. Macam kereta dulu-dulu, tak ada tempat sandar kepala pun. Tapi yang bertambah pelik, apabila sahaja Fariza cuba mengamati rupanya kereta itu tiada pemandu!!!!

Aku yang mendengar cerita Fariza meremang bulu roma. Aku bertanya, apa yang dia rasa. Dia menjawab, dia pun tak rasa apa-apa pada waktu itu kerana fikirannya blur, letih dan nak balik cepat. Kebetulan masa dia tengok kereta itu tiada pemandu, lampu isyarat pun bertukar hijau, matanya beralih kearah lampu isyarat dan dia terus memandu macam biasa kerana tak sempat nak fikir apa-apa pasal kereta tu. Kemudian pada waktu yang dia cerita perkara itu pada aku, baru dia terfikirkan bahawa dia telah kena usik oleh kereta hantu!!!


(...ish...ish... entah apa apalah adik kepada kawan aku ni.. hmm, tak sangka disebabkan keletihan, kadang-kadang manusia ni pun boleh tak sedar bila masa kena usik dengan entiti... nasib baik tak jadi perkara buruk...)

Haaa, ini baru chapter one. Nanti bila senang kita sambung lagi chapter two,three and four.


Adios

Sabtu, 28 Jun 2014

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam ini ditujukan khas buat sahabat handai yang beragama Islam dan yang menjalani ibadah puasa serta ibadah-ibadah susulan yang dikerjakan pada bulan barakah lagi mulia ini.
Hmm, bagi yang tak berapa nak jalani ibadah wajib ni... sendiri mau ingat lah yer... jaga-jaga, ada mata yang memerhati..

Sebenarnya dah lama aku perhatikan golongan ini. Diorang dengan selamba badaknya menapau minuma sejuk lagi berais di kedai-kedai mamak yang berhampiran. Terutamanya rakan sekerja di pejabat lama aku bekerja dulu. Bukan takat air minuman jer, nasi kari bungkus pun diorang tapau sekali. Pada mulanya aku malu juga pada rakan sejabatan dengan aku. Coz mereka ni bukan orang Islam. Aku malu bila diorang tengok orang Islam dengan selambanya makan dan minum dikala umat Islam yang lainnya sibuk menjalani ibadah puasa.

Tapi sangkaan aku meleset. Rupanya , rakan sejabatan aku tak kisah pun. Diorang siap keluarkan fatwa sendiri. Adakah patut diorang cakap, "Alaa... takpe maaa... Kerja berat punya orang tak perlu puasa. Mesti mau minum cukup air, nanti tak cukup minum boleh pengsan, wooo..." dengan selamba mereka keluarkan fatwa itu. Bukan golongan buruh jer, golongan atlit dan yang seangkatan dengan kerja yang menggunakan tenaga yang banyak pun terkecuali dari berpuasa. Sampaikan aku yang sakit perut sebab tersalah makan pun diorang suruh aku berbuka ditengah hari rembang! Korang bayangkan.
Hahaha... hal itu kita memang tak boleh nak cakap banyak-banyak. Buat kering air liur jer. Kalo bertekak dengan orang kafir perihal puasa ni boleh gila jadinya. Diorang lagi hebat bagi bertrilion alasan asalkan boleh makan dan minum.

Itu hal orang kafir, tapi bagi orang yang memang dilahirkan Islam, diasuh dengan Ad-Din semenjak kecil, tidak berpuasa adalah perkara yang sangat tidak wajar. Cuba kita imajinkan dalam fikiran kita bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat menyertai Perang Badar dalam bulan Ramadhan pada 17 Ramadhan 2 Hijrah? Para Muslimin telah memenangi perang tersebut. Ini adalah salah satu contoh besar lagi bukti kukuh dimana berpuasa itu menjadikan kita manusia yang lebih kuat dari segi rohani dan jasmani.

Cuba kita buka minda kita. Sebelum kita menuju kehadapan, gunakan side mirror untuk melihat apa yang lepas yang pernah berlaku. Barulah kita boleh menjadi insan yang hebat didunia, hebat diakhirat. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Amin.

Isnin, 24 Mac 2014

Mood Hari Ini- Menulis Puisi

Hello readers!!! Hari ini mood saya nak terbitkan puisi lah. Boleh ke? Apa pun, layan je lah. Kalo ok, enjoy le. Kalo tak best puisi ni, komen le atau bagi pendapat supaya di masa akan datang, saya boleh perbaiki lagi puisi baru yang lain.




CERITA YANG KAU SEMBUNYI

SEGALANYA SUDAH JELAS
TIKA KAU MEMBUKA BICARA
TENTANG RASA HATIMU
EKSPRESIASI DIRIMU YANG
MERASAKAN TIDAK DIHARGAI
JUGA MAKSUD LUAHAN
YANG MENDALAM TENTANG AKU
YANG MANA CUBA KAU SEMBUNYI

SESUNGGUHNYA AKU AMAT PAYAH UNTUK MENGERTI
HINGGA TERLALU LAMA MASA YANG TERBAZIR
UNTUK FAHAMI
BEBAL SUNGGUH RASA DIRI INI
AKU MELAYANI KEBODOHAN KU INI

DILAMUN PERASAAN SENDIRI
AKU HIDUP DALAM BAYANGAN KASIH BELAIMU
MERASAKAN SAYANGMU YANG TAK BERTEPI



Rabu, 21 Ogos 2013

Gambar-Gambar Pemandangan Di Cameron Highlands

     Jalan-jalan di Cameron Highlands
 Kebun Cendawan Tiram

 Ladang Teh Bharat

















Strawberry segar di S Corner































Laluan ke Elf Village
Hahahaha gambar ni sebagai hiasan jer... tak ada kena mengena dengan lawatan ke Cameron ni...


 Lavender Garden



 Variasi buahan kering dan teh perisa buah di S Corner







Blog Pertamaku

Hai, Assalamualaikum




Selamat sejahtera semua. Kini saya sudah pandai berblogging dengan bantuan dan tunjuk ajar dari KPerak.
Lepas ini, saya akan selalu update blog bila ada kelapangan. Jangan lupa selalu lawati blog saya dan share dengan semua !!!

lagu

http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Eq9dPUWgHKM

background